tag:blogger.com,1999:blog-89260920538033994882024-02-21T08:02:50.356+08:00pelangiliaUnknownnoreply@blogger.comBlogger12125tag:blogger.com,1999:blog-8926092053803399488.post-43621999833505783262010-01-31T07:47:00.003+08:002010-02-12T16:00:03.691+08:00alhamdulillah..akhirnya..

ungkapan kata, luahan rasa,
melayari hari-hari bahagia,
menyulam cinta,paduan jiwa,
serasi hati terpatri bersama.

hari ditunggu gundah gulana,
resepsi majlis gilang gemilang,
merai tetamu sanak saudara,
sesi merenjis selang berselang..

bunga manggar di tepi penjuru,
dibawa berarak bersama raja,
tangan genggam diapit malu,
rasa tersentak gelora gembira.

bersambung..Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8926092053803399488.post-20297642677886886782010-01-30T14:20:00.001+08:002010-01-30T14:20:59.938+08:00akhirnya..salam..Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8926092053803399488.post-28659528400844233052010-01-29T08:48:00.002+08:002010-01-29T08:53:04.326+08:00perasaanku tentang perasaanku kepadamusalam..Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8926092053803399488.post-244817444256954352010-01-13T08:45:00.003+08:002010-01-13T08:58:58.534+08:00Chinta mendebar jiwa..Salam..

Kalung suasa dipakai anggun,
Baldu nipis sulam bertangkai,
Menghitung masa bagai bertahun,
Menunggu majlis sebulan tak sampai.

Bunga dipetik dulang terisi,
Sadur gubahan sirih junjung,
Masa berdetik menjelang resepsi,
Tidur, makan, mandi tak lalu.

Hari dinanti semakin dekat,
Jeling pelamin kami sendiri,
Naluri hati semakin mengerat,
Lengkap lengkapi suami isteri.

bersambung..Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8926092053803399488.post-61251007604402911712010-01-13T08:32:00.004+08:002010-01-13T08:58:03.309+08:00Kenangan mengusik jiwa..Salam..

P

Sungguh jauh beratus batu,
Kanda ditinggal berminggu-minggu,
Sampai bila harus kanda tunggu,
Sebelum kita dapat bertemu.

L

Walau ditinggal berminggu-minggu,
Terpisah jauh sempadan jambatan,
Biarpun rindu ingin bertemu,
Kanda sentiasa dalam ingatan.

Petua senyum rahsia memikat,
Teruna dan dara sama jelingnya,
Sesudah akad sudah diikat,
Sudikah kanda setia selamanya?

P

Sudah lama kanda terpikat,
Melihat adinda Si gadis sunti,
Selagi akad belum diikat,
Kandakan tetap setia menanti.

Kehadiran adinda lama ditunggu,
Untuk mengubat luka yang lama,
Kesetiaan kanda jangan diragu,
Ke akhir hayat janji bersama.

L

Gurau rindu bertangkai cinta,
Serapnya kasih semai bahagia,
Kalau begitu bagai dikata,
Harapnya sempurna mahligai dibina.

Syukran, pelangiku..

bersambung..Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8926092053803399488.post-20006347121847422492010-01-05T16:18:00.003+08:002010-01-09T09:05:17.510+08:00rindu bersimpul chinta..salam..

Bajai jiwa sirami kasih,
Kelam menyapa Adam dan Hawa,
Apa diharap bila berkasih,
menyulam cinta bersama kanda.

Megah meraih cinta kekanda,
Resah daku siapa yang tahu,
Dalam jiwa bahagia merona,
Tatkala menuju ke gerbang baharu.

Gurau senda pengikat cinta,
Pengubat jiwa dikala rindu,
Paduan cinta bahagia dirasa,
Buat kekanda, semanis madu.

bersambung..Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8926092053803399488.post-76006332274784556702009-12-31T01:51:00.007+08:002010-01-12T12:34:38.389+08:00rindu datang bertamu..salam..

Renjis dipilis bertukar ganti,
Teruna dara senyum bahagia,
Cincin dipilih kemas di jari,
Tanda adinda sudah berpunya.

Merdu suara si mergas tua,
Kunang-kunang hinggap di jati,
Rindu terasa menggamit jiwa,
Terkenang kekanda jauh di hati.

Berdebar menanti majlis resepsi,
Sudah tersedia hantaran hati,
Persiapan diatur wali dan saksi,
Ijab dan qabul bakal tersaksi.

bersambung..Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8926092053803399488.post-48038845326640834672009-12-28T00:00:00.003+08:002009-12-28T21:47:07.494+08:00rindu semakin menjadi..Salam..

Kapal layar di Laut China,
Singgah pinggiran berjual beli,
Apa hadiah kepada teruna?
Serah hantaran,sedia penuhi.

Kuntum bunga, kain pelekat,
Gubahan hantaran sebagai tanda,
Senyum si Dara sesudah di ikat,
Semoga hubungan kekal akhirnya.

Renjis mawar bermula kalimah,
Berseri wajah bakal pengantin,
Majlis pertama terlaksana sudah,
Resepsi seterusnya akan terjalin.

bersambung..Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8926092053803399488.post-16871650103640834532009-12-25T23:49:00.003+08:002010-01-01T11:32:38.334+08:00rindu berbunga kini..salam..

Dara berangan di tepi titi,
Terpaut kasih, dekat dihati..
Kala rindu tersemat kini,
cinta kian berbunga lagi..

Awan berarak menanti hujan,
Hati menjeruk keluh resahan,
manakan tidak gundah perasaan,
menanti esok penuh debaran..

madu bunga mudah di cari,
ragu garib, kacip bergigi,
Restu keluarga sudah di beri,
Menunggu wajib izin berwali.

bersambung..Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8926092053803399488.post-72379598658247639492009-12-22T12:33:00.006+08:002010-01-13T09:00:56.399+08:00rindu bertandang lagi..salam..

Birai helang asalnya jawa,
Biji kunang, dimakan dinda
Bagaikan hilang rasanya nyawa,
Hati terkenang, akan kekanda.

Lengkuas tumbuh di dalam padi,
Rama merak di para puan,
Puaslah tidak di dalam hati,
Jika tidak bersama tuan.

Dari timun capai lengkuas,
Lalu dilontar alaskan padi,
Berjumpa lama bagai tak puas,
Bertemu sebentar bagaikan mimpi.

bersambung...Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8926092053803399488.post-92002268075580197322009-12-22T09:06:00.005+08:002009-12-22T09:27:37.715+08:00Kembali semula bekerjaSalam,
Selamat pagi..
Lia kembali ke pejabat!
banyak rasanya yang perlu dibereskan.
antaranya kerja-kerja di pejabat
yang tertangguh selama Lia tiada.

Antara perkara yang penting,
Lia perlu belajar semula
untuk uruskan masa.
InsyAllah untuk keluarga,
dan juga untuk diri sendiri.

24 jam, masa yang Allah kurnia,
insyaAllah diperguna sebaiknya,
Jangan lalai dan juga leka,
kelak kita yang rugi akhirnya.

Semakin dewasa, semakin banyak perkara
dan tanggungjawab yang perlu digalas.
24 jam dibahagi dengan 3 bahagian.
siang, malam dan tengah malam.
8 jam untuk tengah malam pula,
ada lagi bahagiannya.

InsyAllah, Lia akan berusaha,
untuk jadi lebih sempurna...Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8926092053803399488.post-49552532564118577832009-12-19T12:55:00.002+08:002009-12-19T16:25:51.894+08:00Jumpa kawan baik di PenangHari ni alhamdulillah..akhirnya,
dapat jumpa kawan baik lia
yang satu sekolah dan sekelas,
sewaktu zaman muda-muda dulu...
terima kasih kawanku..
kerana masih sempat lagi luangkan masa
untuk bersembang lama-lama..hehehe...
terima kasih banyak2, syidah..
kamu la kawan lia dunia akhirat,insyAllah...Unknownnoreply@blogger.com2