Thursday, December 31, 2009

rindu datang bertamu..

salam..

Renjis dipilis bertukar ganti,
Teruna dara senyum bahagia,
Cincin dipilih kemas di jari,
Tanda adinda sudah berpunya.

Merdu suara si mergas tua,
Kunang-kunang hinggap di jati,
Rindu terasa menggamit jiwa,
Terkenang kekanda jauh di hati.

Berdebar menanti majlis resepsi,
Sudah tersedia hantaran hati,
Persiapan diatur wali dan saksi,
Ijab dan qabul bakal tersaksi.

bersambung..

Monday, December 28, 2009

rindu semakin menjadi..

Salam..

Kapal layar di Laut China,
Singgah pinggiran berjual beli,
Apa hadiah kepada teruna?
Serah hantaran,sedia penuhi.

Kuntum bunga, kain pelekat,
Gubahan hantaran sebagai tanda,
Senyum si Dara sesudah di ikat,
Semoga hubungan kekal akhirnya.

Renjis mawar bermula kalimah,
Berseri wajah bakal pengantin,
Majlis pertama terlaksana sudah,
Resepsi seterusnya akan terjalin.

bersambung..

Friday, December 25, 2009

rindu berbunga kini..

salam..

Dara berangan di tepi titi,
Terpaut kasih, dekat dihati..
Kala rindu tersemat kini,
cinta kian berbunga lagi..

Awan berarak menanti hujan,
Hati menjeruk keluh resahan,
manakan tidak gundah perasaan,
menanti esok penuh debaran..

madu bunga mudah di cari,
ragu garib, kacip bergigi,
Restu keluarga sudah di beri,
Menunggu wajib izin berwali.

bersambung..

Tuesday, December 22, 2009

rindu bertandang lagi..

salam..

Birai helang asalnya jawa,
Biji kunang, dimakan dinda
Bagaikan hilang rasanya nyawa,
Hati terkenang, akan kekanda.

Lengkuas tumbuh di dalam padi,
Rama merak di para puan,
Puaslah tidak di dalam hati,
Jika tidak bersama tuan.

Dari timun capai lengkuas,
Lalu dilontar alaskan padi,
Berjumpa lama bagai tak puas,
Bertemu sebentar bagaikan mimpi.

bersambung...

Kembali semula bekerja

Salam,
Selamat pagi..
Lia kembali ke pejabat!
banyak rasanya yang perlu dibereskan.
antaranya kerja-kerja di pejabat
yang tertangguh selama Lia tiada.

Antara perkara yang penting,
Lia perlu belajar semula
untuk uruskan masa.
InsyAllah untuk keluarga,
dan juga untuk diri sendiri.

24 jam, masa yang Allah kurnia,
insyaAllah diperguna sebaiknya,
Jangan lalai dan juga leka,
kelak kita yang rugi akhirnya.

Semakin dewasa, semakin banyak perkara
dan tanggungjawab yang perlu digalas.
24 jam dibahagi dengan 3 bahagian.
siang, malam dan tengah malam.
8 jam untuk tengah malam pula,
ada lagi bahagiannya.

InsyAllah, Lia akan berusaha,
untuk jadi lebih sempurna...

Saturday, December 19, 2009

Jumpa kawan baik di Penang

Hari ni alhamdulillah..akhirnya,
dapat jumpa kawan baik lia
yang satu sekolah dan sekelas,
sewaktu zaman muda-muda dulu...
terima kasih kawanku..
kerana masih sempat lagi luangkan masa
untuk bersembang lama-lama..hehehe...
terima kasih banyak2, syidah..
kamu la kawan lia dunia akhirat,insyAllah...